Skip to content

Apatah perbezaan antara HBCU dan UiTM

October 19, 2009

As-Salamu- Alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh

Wahai pembaca, tahukan kamu perbezaan antara institusi pengajian tinggi seperti yang direncanakan dalam pertubuhan ITM/UiTM dan HBCU?

Kau tahu tak tentang HBCU = Historically Black Colleges and Universities?
Tapi arah tuju dan falsafah mereka berbeza; tujuan mereka adalah untuk memberikan peluang untuk para cendekia dan pelajar kulit hitam yang bisanya, dari sejarahnya, dikecualikan, didiskriminasikan dan ditegah daripada memberi sumbangan dlm bidang kecendekiawanan. Ini semua jelas diwartakan dalam sejarah pengembangan universiti di US. Orang kerap salah faham ini sebagai “affirmative action” yang pejoratif (mungkin juga ada sikap ‘terlalu selesa’ di kalangan pelajar hari ini dlm menghuni maktab2 sebegini) yang hal sebenarnya adalah utk menggalak pelajar yg bisa memandang rendah terhadap kebolehan diri, yang tidak nampak ‘role model’ di kebykkan universiti2 ‘top’ yg karang secara kbykannya dihuni pelajar kulit putih dan Asia Timur (dan pelajar dari Asia Selatan juga semakin bertambah.) Tapi mereka tidak pernah melarang pelajar2 bukan kulit hitam untuk memasuki institusi mereka, dan tidak pernah mendabik dada melaungkan keangkuhan diri.

Ini jauh bezanya dengan jiwa dan semangat songsang yang dibikin pengurusan, sesetengah akademik dan juga lebih setengah tubuh siswa-siswi (mungkin yg lebih kuat melaungkan slogan sedemikian adalah siswa, kalau kita mahu melihat dari segi faktor budaya dan kecenderungan) di UiTM dan maktab2 yang sealiran dengannya. Dan HBCU menghadapi masalah kewangan disebabkan oleh diskriminas sistemik terhadap mereka, tetapi mereka tetap mahu mengecapi kecemerlangan yang tulen. Aku sendiri mengenali dua pelajar dari satu institusi sebegini berhampiran Duke. Walaupun berbangga dengan etnisiti mereka, itu tidak pernah menjadikan mereka bebal dalam keangkuhan dan semangat ke arah ilmu amat kuat. Walaupun aku tidak menyangkal bahawa ada segolongan yang tidak kecil jumlahnya, yang mempunyai kemampuan akademik yang boleh dipersoalkan (tapi hal ini juga boleh dikatakan tentang pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia, tidak kira awam mahupun swasta, termasuk UiTM dan UiTM dinampak oleh orang awam sebagai lebih ketara dalam hal ini disebabkan kecenderungan polisinya). Dan kita perlu juga lihat apatah perbezaan antara ITM dahulunya, dan UiTM pada masa sekarang, dan tidak hanya meneliti ini dari lensa perkauman. Mungkin yang lebih merungsingkan adalah pelajar2 UiTM sendiri yang sudah hilang kefahaman antara maksud “Melayu” dan “Bumiputera” dan ini telah dikonflasi menjadi satu, kalau kita mahu menjadikan video2 di Youtube sebagai satu pembuktian. Sekarang wujud satu pergerakan di UiTM yang tidak lari dari pergerakan seperti Ku Klux Klan, kecuali mungkin terbenam kecenderungan buat masa sekarang untuk menbangunkan semula sejarah yang penuh keganasan dan kehilangan nyawa seperti dalam keadaan 1960an yang kacau bilau, dan mencapai kemuncak pada 13 Mei 1969.

Bila ada lebih masa kelak, aku mahu menulis satu artikel yang akan dengan lebih kritikal dan dialektikal, mengolah persejarahan, kebudayaan sosial dan pop, serta kebudayaan ilmuan di sebalik penubuhan HBCU dan membuat taraan dengan institusi di Malaysia yang mungkin selari dengannya dari segi struktur tetapi berbeza mungkin dari segi falsafah pendidikan.

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. mybreakfastclub permalink
    October 20, 2009 12:16 am

    terbaik!!!

  2. clarissal permalink*
    October 20, 2009 11:11 am

    Someone said I could log this
    http://thedandelions.wordpress.com/2008/08/20/reconciling-being-a-uitm-student/

    I need to find open links to articles on HBCUs

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: